SAMSUNG telah melancarkan telefon pintar kemegahan bersaiz besarnya yang terbaru, Galaxy Note 8 sebagai pengganti Galaxy Note 7, pada satu acara media di New York, Rabu lalu.
Samsung Galaxy Note 8, yang akan terdapat dalam pilihan warna hitam, emas, kelabu dan biru, menampilkan paparan QuadHD+ AMOLED Infinity Display 6.3 inci dengan resolusi 1440×2960 piksel.
Ia dikuasakan SoC Qualcomm Snapdragon 835 (dengan sebilangan pasaran mendapat varian Samsung Exynos lapan teras) yang dipadankan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 64GB yang turut menyokong slot kad mikroSD. Peranti ini juga menawarkan sambungan Bluetooth 5.0 dan LTE Cat 16.
Bagi fotografi, Galaxy Note 8 mempunyai dua kamera 12MP di belakang dengan penstabilan imej optik (OIS) pada kedua-dua lensa sudut luas f/1.7 dan lensa telefoto f/2.4 dengan zum optik 2x. Manakala itu, di depan pula terdapat kamera 8MP dengan apertur f/1.7.
Peranti ini dikuasakan dengan bateri 3300mAh dan menggunakan Android 7.1.1 Nougat. Ia juga kalis air dan debu dengan pensijilan IP68 serta menyokong pengecasan tanpa wayar. Galaxy Note 8 juga menyokong NFC dan MST bagi Samsung Pay dan menonjolkan port USB Type-C.

Mengenai aksesori S-Pen yang menjadi tarikan utama Note 8, syarikat berkenaan berkata ia akan membolehkan pengguna berkomunikasi dalam ‘cara lebih peribadi’ berbanding sebelumnya dengan paparan sentiasa terpasang.
Samsung telah memperkenalkan Live Messages, yang akan membolehkan pengguna pergi lebih jauh dalam komunikasi dengan rakan-rakan.
Dengan S-Pen, pengguna akan dapat menulis pesanan ringkas menggunakan tangan, menambah kesan khas dan mengongsikannya sebagai GIF beranimasi menerusi beberapa aplikasi pesanan ringkas dan sosial yang popular.
Selepas isu bateri pada Note 7 yang menjejaskan tahun lalu, Samsung cuba meyakinkan para pelanggannya dan telah membutirkan ujian-ujian keselamatan yang ketat bagi Galaxy Note 8, bekerjasama rapat dengan Underwriter Labs (UL) untuk memastikan kebolehpercayaan bagi bekalan kuasa Note 8.
“Kami telah bekerjasama rapat dengan Samsung untuk membuat perkembangan penting dalam sains kualiti telefon pintar dan penilaian keselamatan,” Presiden UL, Sajeev Jesudas berkata dalam satu kenyataan kepada Engadget.
“Hasilnya, Galaxy Note 8 telah berjaya melalui satu siri ujian kesesuaian keselamatan peranti dan bateri yang ketat. Kami teruja untuk mengekalkan kerjasama strategik kami dengan Samsung untuk membantu memastikan peranti selamat bagi semua pengguna,” tambahnya.
Menurut satu laporan oleh The Investor, Samsung juga telah meninggalkan bateri-bateri daripada rakan lama dari China, ATL sebaliknya bergantung sepenuhnya ke atas bateri-bateri yang dihasilkan oleh Samsung SDI dan Murata.
Laporan itu menyatakan bahawa 80 peratus pengeluaran bateri bagi Galaxy Note adalah daripada Samsung SDI sementara itu, 20 peratus lagi dihasilkan oleh Muarat. Sumber-sumber juga memberitahu The Investor bahawa Galaxy S9 tahun depan juga akan menggunakan bateri-bateri daripada Samsung SDI dan Murata.
Fakta bahawa UL menjalankan ujian bebas ke atas bateri-bateri berkenaan menunjukkan bahawa Samsung jauh lebih ketat dengan prosedur keselamatannya kali ini.