Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galaxy Note 8 tahun ini

    DALAM langkah berani, Samsung tidak akan menghentikan pengeluaran telefon pintar siri Note sebaliknya akan melancarkan Samsung Galaxy Note 8 lewat tahun ini. Berita ini datangnya daripada ketua perniagaan mudah alih Samsung sendiri, DJ Koh.

    Koh memberitahu CNET bahawa siri Note mempunyai ramai peminat setia dan syarikat itu mempunyai rancangan untuk mendedahkan Note 8 tahun ini.

    Beliau seterusnya berkata, “Saya akan membawa balik Note 8 yang lebih baik, selamat dan sangat inovatif”.

    Ini merupakan langkah berani daripada Samsung melihat kepada reputasi jenama Note kini berikutan masalah yang dihadapi tahun lalu. Syarikat itu terpaksa meminta maaf beberapa kali kepada para pelanggannya, kerugian berbilion-bilion dolar dalam keuntungan dan melakukan penarikan seluruh dunia yang bersejarah bagi unit-unit Note 7 yang meletup.

    Pada masa itu, ramai yang yakin bahawa Samsung akan menghentikan sepenuhnya pengeluaran Note, namun jelas ia tidak berlaku.

    Ketua perniagaan mudah alih Samsung tunduk meminta maaf semasa sidang media,  mengenai pengumuman punca Galaxy Note 7 meletup, di Seoul pada 23 Januari lalu. - AFP
    Ketua perniagaan mudah alih Samsung tunduk meminta maaf semasa sidang media, mengenai pengumuman punca Galaxy Note 7 meletup, di Seoul pada 23 Januari lalu. – AFP

    Koh percaya bahawa siri Note masih sangat popular dan berkata kepada penerbitan berkenaan, “kami mendapati menerusi proses siasatan, kami tahu terdapat ramai pelanggan setia Note”.

    Isnin lalu, menerusi sidang media di Seoul, Samsung telah mendedahkan punca Galaxy Note 7 meletup yang menurutnya disebabkan bateri yang rosak.

    “Kami dengan ikhlas meminta maaf bagi kesulitan dan kebimbangan yang kami sebabkan kepada pelanggan kami,” kata koh sambil tunduk kepada beratus-ratus wartawan dan jurugambar semasa sidang media berkenaan.

    Dalam pada itu, buat masa sekarang, syarikat itu sibuk dengan Samsung Galaxy S8 yang dikatakan akan dilancarkan pada 29 Mac depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda