Galaxy Note terbaharu Samsung

Samsung kini rasmi memperkenalkan siri Galaxy Note terbaharu mereka dalam dua versi, Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+.

Bukan setakat hadir dengan saiz paparan berbeza, keluaran kali ini juga dilengkapi dengan S-Pen yang ditambah baik dimana ia menyokong ciri Air Action. Ini membolehkan pengguna membuat kawalan peranti secara jarak jauh menerusi stylus tersebut.

Samsung Galaxy Note 10+

Merupakan model dengan saiz paparan paling besar iaitu 6.8 inci Dynamic AMOLED bersama resolusi QHD+. Di bahagian belakang terdapat empat lensa kamera terdiri daripada lensa utama 12MP (OIS, f/1.5 dan f/2.4), lensa telefoto 12MP (OIS), 16MP untuk rakaman sudut ultra lebar 123 darjah serta sensor 3D ToF yang akan digunakan untuk mencipta model 3D dari objek sebenar.

Bagi rakaman sebelah hadapan pula menampilkan lensa 10MP dan rekaan paparan kali ini memperlihatkan sisi atas dan bawahnya lebih nipis berbanding model terdahulu. Dari segi storan dalaman pula, ia ditawarkan dengan kapasiti 256GB sehingga 512GB dengan RAM 12GB. Versi Plus juga merupakan satu-satunya yang menyediakan sokongan kad MikroSD.

Dijana dengan bateri 4300mAh dengan pengecasan pantas 45W, Galaxy Note 10+ hanya dibekalkan dengan pengecas 25W sahaja didalam kotak.

Galaxy Note 10 

Bagi versi ini, ia didatangkan dengan paparan berukuran 6.3 inci Dynamic AMOLED tetapi dengan resolusi FHD+. Tetapan kamera depan dan belakang ama seperti Note 10+, cuma tidak disertakan dengan sensor 3D ToF.

Memori RAM yang diberikan kepada Galaxy Note 10 adalah 8GB sementara versi 5G disediakan dengan RAM 12GB. Kapasiti bateri juga berbeza iaitu 3500mAh bersama daya pengecasan pantas 25W.

Menguasakan kedua-dua model adalah cip pemprosesan terbaharu, Exnynos 9825 dan bagi beberapa pasaran lain, ia ditawarkan dengan Snapdragon 855.

Siri Galaxy Note terbaharu ini turut menyokong pembesar suara stereo dan tidak mempunyai bicu audio 3.5mm, dimana penyesuai untuk fon telinga berwayar diberikan di dalam kotak. – Agensi

Bukan setakat hadir dengan saiz paparan berbeza, keluaran kali ini juga dilengkapi dengan S-Pen yang ditambah baik dimana ia menyokong ciri Air Action. – Agensi