Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Galaxy Z Flip3 edisi Pokemon habis dijual

    SEOUL, 26 APRIL – Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon habis dijual dalam tempoh beberapa minit selepas dilancarkan di Korea Selatan pada tengah malam Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Edisi khas telefon pintar Samsung boleh lipat itu didatangkan dengan aksesori bertemakan Pokemon, termasuk Pikachu Keychain, Pokemon Palette, Monster Ball 3D Grip Talk dan lima pelekat Pokemon, menjadi trend terkini dan mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak di Korea Selatan.

    Ia habis dijual dalam tempoh lima minit selepas jualan dibuka dengan harga 1.28 juta won (AS$1,025).

    Samsung juga bekerjasama dengan pereka dan jenama popular dalam usaha menyasarkan lebih ramai pengguna muda serta mengembangkan aksesori dan produk mudah alih edisi terhad.

    Pada September, Samsung berganding bahu dengan jenama fesyen Amerika, Thom Browne, untuk menghasilkan Galaxy Watch4 Classic Thom Browne Edition. Samsung juga mengeluarkan earbud tanpa wayar Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds2 edisi terhad pada bulan berikutnya, dihasilkan dengan kerjasama Maison Kitsune, syarikat fesyen label muzik elektronik Perancis-Jepun.

    Jurucakap Samsung hari ini berkata syarikat itu tidak dapat mendedahkan angka jualan yang tepat atau rancangan jualan tambahan untuk edisi Pokemon. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...