Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Galeri Al-Imtiaz UNISSA dirasmi

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Buku Sedunia Peringkat UNISSA 2022 dan Majlis Perasmian Galeri Al-Imtiaz di Perpustakaan UNISSA, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Timbalan Rektor, Dr Arman bin Haji Asmad, penolong-penolong rektor dan pegawai-pegawai utama UNISSA.

    Menurut perkongsian oleh pengerusi majlis berkenaan, Dayang Norhasinah binti Haji Moksin semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut, dalam keadaan negara masih lagi berjuang menangani gelombang ketiga COVID, banyak perkhidmatan universiti terjejas dan tergendala oleh wabak tersebut, walaupun begitu, masih ada pelajar dan tenaga akademik yang memohon dan memerlukan bantuan untuk mendapatkan buku dan bahan rujukan.

    Dayang Norhasinah menjelaskan bahawa Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku Sedunia untuk menggalakkan tabiat membaca, penerbitan dan pemeliharaan hak cipta buku.

    Dr Haji Norarfan semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Perpustakaan UNISSA, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Sambutan berkenaan diadakan setiap tahun oleh UNISSA dan pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya, ia diadakan dengan kerjasama Bahagian Perpustakaan, Pusat Penyelidikan dan Penerbitan dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.

    Semasa majlis tersebut, UNISSA akan memberikan penghargaan kepada tenaga akademik dan pelajar yang paling banyak meminjam buku di mana mereka ini akan menjadi contoh dan motivasi kepada warga UNISSA dalam penggunaan perpustakaan.

    “Penghargaan juga akan diberikan kepada pewakaf-pewakaf buku perpustakaan yang mana buku-buku yang diwakafkan itu sangat dihargai oleh UNISSA dan memberikan manfaat berpanjangan kepada pelajar dan tenaga akademik,” jelasnya.

    Selain daripada itu pelajar-pelajar yang aktif di dalam sosial media perpustakaan juga turut diraikan pada pagi ini.

    Sambutan Hari Buku peringkat UNISSA juga akan diteruskan selama empat hari di mana beberapa aktiviti akan dilaksanakan secara maya dan dibukakan kepada orang ramai.

    Antara aktiviti tersebut iaitu Bincang-bincang Buku yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan dan Penerbitan yang mana akan mengulas buku-buku terbitan UNISSA dan seterusnya bengkel-bengkel penulisan yang akan dikendalikan oleh Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa.

    Sementara itu, dalam meraikan sambutan tersebut, majlis diteruskan dengan Perasmian Galeri Al-Imtiaz, UNISSA yang mana galeri ini merupakan sumber inspirasi dan ilham oleh Dr Haji Norarfan.

    Galeri Al-Imtiaz ini berperanan untuk memelihara, memberiga dan menjulang segala usaha dan sumbangan bakti pelbagai pihak serta memperingati liku-liku UNISSA dalam mencapai kegemilangan dan kecemerlangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...