BEIJING, 23 April – Galeri pertama China untuk orang kurang upaya (OKU) dibuka di Beijing hari ini, menawarkan satu ruang khas bagi mereka mempamerkan kerja-kerja kaligrafi dan lukisan.
Galeri ditubuhkan oleh Persekutuan Orang Kurang Upaya China (CDPF) dan Perpustakaan Braille China dan akan digunakan untuk pameran seni halus dan melatih orang kurang upaya.
Lebih 150 lukisan telah pun dipamerkan sejak hari ini dalam pameran pertama galeri. Kemasukan adalah percuma untuk orang ramai sepanjang tahun.
Negara itu sedang memberi lebih banyak tumpuan kepada keperluan emosi dan kebudayaan orang kurang upaya sementara mempertingkat taraf hidup mereka, kata pengerusi CDPF Zhang Haidi. Tindakan tersebut akan menawarkan perangsang kepada kumpulan kurang upaya untuk menunjukkan bakat mereka dan menjadikan kehidupan mereka lebih ceria, kata beliau. – Xinhua