Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Galleria Gwanggyo menangi Anugerah Prix Verailles tahunan UNESCO

    Gedung beli-belah mewah yang baru dibina Galleria di Gwanggyo, wilayah Gyeonggi, telah diiktiraf oleh Anugerah Prix Verailles tahunan UNESCO, pemenang hadiah utama Prix Versailles 2021 dalam kategori pusat beli-belah.

    Cawangan keenam Galleria, francais gedung membeli-belah mewah yang pertama dan utama di Korea Selatan ditubuhkan pada 1970an – dibuka pada Mac 2020 di Gwanggyo, sebuah bandar baharu hanya 25 kilometer di selatan Seoul.

    Bangunan itu direka oleh OMA, sebuah firma seni bina yang berpangkalan di Rotterdam, Belanda, dengan kerjasama Gansam Architects and Partners yang berpangkalan di Seoul.

    Projek reka bentuk itu diketuai oleh Chris van Dujin yang menyertai OMA pada 2014, mengetuai projek firma seni bina di Asia. Bangunan itu, yang kelihatan seperti batu berukir muncul dari tanah, menampilkan fasad kaca, mendedahkan aktiviti runcit dan kebudayaan di dalam bangunan kepada orang yang lalu lalang.

    Bangunan ini juga mengiringi gelung awam dibentuk dengan urutan teres melata sebagai ruang khusus untuk pameran dan persembahan. Sebanyak 24 projek telah diisytiharkan sebagai pemenang Prix Versailles 2021, dalam lapan bidang iaitu lapangan terbang, kampus, stesen penumpang, sukan, kedai, hotel, restoran dan pusat beli-belah. Setiap kategori mempunyai tiga pemenang, ‘Prix Versailles 2021’, ‘Hadiah istimewa dalaman 2021’, dan ‘Hadiah istimewa luaran 2021’.

    Pengumuman pemenang dari semua kategori telah dibuat di Paris, Perancis, pada 15 Disember lalu antara 94 projek yang diserahkan untuk bersaing merebut anugerah. Ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, anugerah seni bina telah dirasmikan pada tahun 2015 di Paris untuk mengiktiraf struktur paling luar biasa di dunia dari segi seni bina dalaman dan luaran.

    OMA diketuai oleh lapan rakan kongsi, Rem Koolhaas, Reinier de Graaf, Ellen van Loon, Shohei Shigematsu, Iyad Alsaka, Chris van Duijn, Jason Long, dan Rakan Kongsi Urusan-Arkitek David Gianotten dan mempunyai pejabat di Rotterdam, New York, Hong Kong, Doha dan Australia.

    Bangunan reka bentuk OMA yang sedang dalam pembinaan ialah Pusat Seni Persembahan Taipei, pengubahsuaian Kaufhaus des Westens (KaDeWe) di Berlin, The Factory di Manchester dan Pusat Dagangan Global CMG Qianhai di Shenzhen. Gedung serbaneka ini dikendalikan oleh Hwanwha Galleria. – ANN/The Korea Herald

    Pemandangan dalaman Galleria di Gwangyo. – ANN/The Korea Herald
    Galleria di Gwangyo, wilayah Gyeonggi. – ANN/The Korea Herald

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...