Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Galtier tinggalkan Saint- Etienne selepas lebih 7 tahun

    SAINT-ÉTIENNE, 10 Mei – Jurulatih Saint-Etienne, Christophe Galtier meletak jawatan selepas mengendalikan kelab itu selama tujuh tahun setengah, pengesahan dari kelab tersebut.

    Galtier, yang menurut harian sukan L’Equipe mengumumkan berita itu kepada para pemainnya Selasa pagi, akan mengundur diri hujung musim ini.

    “Hari ini adalah bukan hari yang baik untuk saya dengan berita yang selama ini dikhuatiri iaitu Christophe Galtier meletak jawatan sebagai jurulatih,” kata presiden majlis kelab Saint-Etienne, Bernard Caiazzo.

    L’Equipe telah melaporkan awal minggu lepas bahawa Galtier dijangka melatak jawatan, meskipun dia dan kelab baru mengesahkan berita itu kini.

    Jurulatih berusia 50 tahun itu akan pergi meskipun masih mempunyai setahun lagi dalam kontraknya.

    “Selepas beberapa tahun bersama, pemergian ini adalah tidak dapat dielakkan sama ada musim ini atau musim depan,” kata Caiazzo.

    Jurulatih yang paling lama berkhidmat di liga teratas Perancis, Galtier pada mulanya datang ke Saint-Etienne sebagai pembantu kepada Alain Perrin pada tahun 2008 tetapi menjadi jurulatih selepas Perrin dipecat pada Disember 2009.

    Di bawah kendaliannya, Saint-Etienne, juara Perancis sebanyak 10 kali, telah memenangi Piala Liga pada tahun 2013, mengakhiri kemarau piala selama lebih tiga dekad.

    Mereka juga layak bagi persaingan Eropah dalam empat musim kebelakangan ini, tetapi hampir pasti terlepas saingan Eropah musim depan. Ini kerana ketika ini mereka berada di tangga ketujuh dalam Ligue 1 dengan baki tiga perlawanan lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda