Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Bagi memastikan kelancaran Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah yang akan diadakan pada 17 Ramadan 1443H bersamaan 18 April 2022M, latihan penuh majlis itu telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, kelmarin.
Hadir menyaksikan latihan berkenaan ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, selaku penasihat jawatankuasa tertinggi sambutan.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohd Serudin bin Haji Timbang serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.
Sambutan peringkat negara tahun ini yang bertema ‘Bertemankan Al-Quran Sepan-jang Zaman’ akan diisikan dengan pemakluman keputusan dan peng-anugerahan hadiah-hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah.