Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Game Six, aksi penentu buat Celtic

    BOSTON, 16 JUN – Pertahanan Boston semakin berkurangan setelah perlawanan berlanjutan ke Game Six dalam perlawanan akhir NBA, tetapi Jaylen Brown berjanji bahawa mereka tidak akan mengalah menentang Golden State Warriors.

    “Kami menantikan cabaran itu,” kata Brown kelmarin. “Kami akan mengharunginya. Tiada acara lain lagi. Perlawanan terakhir di halaman sendiri memberikan kami peluang sepanjang musim ini.”

    “Kami ingin memberikan segala-galanya yang kami ada. Kami tidak takut dengan Golden State Warriors. Kami ingin turun dan beraksi dengan mempamerkan permainan terbaik kami semampu yang boleh,” katanya lagi.

    Warriors mendahului dengan satu kemenangan untuk merangkul gelaran juara keempat mereka dalam lapan tahun dengan kemenangan 104-94 semasa perlawanan Game Five di San Francisco, baru-baru ini.

    Sementara itu, Stephen Curry tidak dapat beraksi dengan prestasi terbaiknya pada malam perlawanan itu, tetapi Andrew Wiggins mem-pamerkan prestasi yang baik, memperoleh 26 mata, membuat 13 rebound dan dua rampasan serta satu percubaan menghalang ketika Golden State Warrior berjaya mendahului siri tersebut dengan 3-2.

    Brown mengatakan bahawa permulaan Boston yang goyah itu akan mengembalikan semula semangat pasukan untuk bermain dengan lebih baik ketika berusaha untuk bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut.

    “Semua yang berlaku adalah satu pengajaran,” kata Brown.

    Marcus Smart, pemain pertahanan terbaik tahunan mengatakan bahawa mereka berdepan dengan perlawanan sengit sehingga mereka terpaksa membiasakan diri dengan situasi tersebut. Walau bagaimanapun, ia adalah lumrah dalam sebuah perlawanan. – AFP

    Jaylen Brown (kanan) hilang kawalan bola semasa berdepan dengan Draymond Green dalam perlawanan akhir NBA Game Five di Chase Center, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...