Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ganding bahu bantu golongan kurang bernasib baik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Sempena bulan suci Ramadan, Dynamik Technologies melaksanakan aktiviti amal menerusi Projek Amal Dynamik Prihatin dengan berganding bahu bersama Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) dan Darussalam Enterprise (DARe), baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Dynamik, di sini, hari ini, lebih 20 orang kakitangan mengambil bahagian dalam pengagihan sumbangan makanan keperluan asas dan wang tunai kepada 16 buah keluarga kurang berkemampuan di Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

    Derma itu merupakan sumbangan yang dikumpulkan daripada kakitangan Dynamik Technologies, SHENA dan DARe, di mana ia dihasratkan untuk membantu dan mengurangkan beban golongan yang kurang bernasib baik dalam bulan suci Ramadan dan Aidilfitri yang bekal menjelang.

    Antara kakitangan dari Dynamik, SHENA dan DARe yang terlibat dalam projek amal tersebut. – Gambar serahan Dynamik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...