Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Ganding bahu bersihkan pantai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Lebih 100 orang termasuk 50 orang dari kapal Tentera Laut China, PLANS Qi Juang yang berlabuh di Pelabuhan Muara telah menyertai kempen kebersihan di Pantai Serasa, pagi tadi.

    Kempen berkenaan turut melibatkan 25 orang dari Kedutaan Besar China di Negara Brunei Darussalam dan perusahaan-perusahaan China serta 30 orang dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

    Kempen berkenaan merupakan salah satu aktiviti sempena lawatan kapal tentera laut
    China berkenaan yang telah tiba di Brunei pada 5 Jun lalu dan meninggalkan negara hari
    ini.

    Turut serta dalam acara itu ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo bersama Kuasa Usaha Kedutaan Besar China di Negara Brunei Darussalam, Wang Haitao dan Atase Pertahanan Kedutaan China, Kolonel Kanan Dai Qilin serta Ketua Staf Armada TLDB, Komander Saiful Hazril bin Ali.

    Kapal PLANS Qi Jiguang telah berlayar dari pelabuhan tentera di Dalian pada 15 Mei, bersama 476 orang kadet tentera laut dan kelasi, untuk menjalankan latihan kadet dan lawatan ke Vietnam, Thailand, Brunei dan Filipina.

    Kempen kebersihan yang diadakan di Pantai Serasa, kelmarin.
    Antara yang terlibat dalam kempen kebersihan berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...