Gandingan bersama bangkit rasa cinta

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Drama baharu Satukan Rasa bakal menggantikan drama Demi Rindumu di Slot MegaDrama di Astro Ria dan menampilkan gandingan hebat Siti Nordiana dan Khai Bahar. Drama arahan Hadith Omar ini diterbitkan oleh Suhan Movies dan Trading serta sudah menemui penonton pada 4 November lalu.

Disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis, drama berkonsepkan romantik, humor, keluarga dan konflik dalaman ini disiarkan pada pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD dalam slot MegaDrama.

Selain Siti Nordiana dan Khai Bahar, drama Satukan Rasa ini turut dibintangi oleh artis-artis lain seperti Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Ainin Batrisya dan Raja Azmi. Drama Satukan Rasa ini dijangka akan mempunyai sekitar 20 episod. Justeru, bagi peminat Siti Nordiana dan Khai Bahar, inilah kali pertama anda dapat menyaksikan gandingan hebat mereka.

Plot ringkas

Drama Satukan Rasa ini mengisahkan mengenai kisah Indah, seorang balu yang sudah selesa menjalani kehidupan seorang diri selaku pekerja memberikan perkhidmatan majlis-majlis tertentu atau lebih dikenali sebagai sambutan parti. Pada satu ketika dahulu, Indah pernah bergelar seorang penyanyi terkenal namun berhenti disebabkan dirinya yang sudah bergelar isteri ketika itu.

Namun selepas itu, Indah kembali semula mengikuti bidang nyanyian tanah air setelah dia dipadankan dengan pembantunya yang bernama Jai, penyanyi viral yang mempunyai masalah gemuruh. Namun di sebalik gandingan itu, Jai seperti telah jatuh cinta kepada Indah Suhaila. Apakah kesudahan cerita antara mereka berdua, anda boleh saksikannya dalam drama baharu Satukan Rasa yang disiarkan dalam saluran Astro Ria dalam slot MegaDrama.

Disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis, drama berkonsepkan romantik, humor, keluarga dan konflik dalaman ini disiarkan pada pukul 10 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD dalam slot MegaDrama.