Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Gandingan Havertz, Werner bantu Jerman atasi Israel

-

BERLIN, 27 MAC – Gandingan Chelsea, Kai Havertz dan Timo Werner menjaringkan gol ketika Jerman mengatasi Israel 2-0 pada perlawanan persahabatan di Sinsheim.

Selepas pasangan Liga Perdana itu menjaringkan gol pada separuh masa pertama, kapten Jerman, Thomas Mueller dan pemain Israel Yonatan Cohen dihadiahkan sepakan penalti namun gagal menyempurnakannya.

“Secara keseluruhannya, ia adalah persembahan yang baik untuk kami pada perlawanan pertama tahun baharu ini,” kata Werner.

Pemain tengah Jerman, Nico Schlotterbeck berkata barisan pemain dapat bertahan dengan baik namun ‘pada suku jam terakhir, kami melepaskan terlalu banyak bola.

Ketua jurulatih, Hansi Flick kini memenangi lapan perlawanan antarabangsa pertamanya untuk melebarkan rekod permulaannya.

Aksi Kai Havertz (kiri) semasa menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan di antara Jerman dan Israel di Sinsheim, Jerman pada 26 Mac 2022. – AFP

“Saya berpuas hati, kami bermain dengan sangat berani dan memberikan mereka tekanan,” kata Flick.

“Saya rasa ia prestasi yang bagus bagaimana pasukan memperoleh ganjaran mereka sendiri. Kami kini menjaringkan enam gol daripada ‘set pieces’ dalam lapan perlawanan.”

Dengan bintang muda Bayern Munich berusia 19 tahun, Jamal Musiala di bahagian serangan tengah, pasukan Jerman berdepan sedikit masalah biarpun mendahului 2-0.

Tiga hari sebelum Jerman beraksi menentang Belanda pada perlawanan persahabatan seterusnya di Amsterdam, tuan rumah mendominasi pada separuh masa pertama namun lebih banyak bertahan selepas babak kedua.

Kedua-dua gol terhasil dari bola mati. Havertz menebus kesalahan selepas mensia-siakan peluang awal dengan akhirnya memecah kebuntuan menerusi tandukan dari sudut. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -