Gandingan mantap dua pelakon terkenal dalam Sweet Sin

Drama siri Sweet Sin telah menampilkan gandingan mantap Pon Nawasch Phupantachsee dan Bua Nalinthip Sakulongumpai. Setentunya ia menjadi siri yang ditunggu-tunggu peminat drama Thailand.

Drama 24 episod ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang taksub membina empayar sehingga isterinya meninggal akibat patah hati kerana terabai.

Anak lelaki tunggalnya, Pete lakonan Pon Nawasch Phupantachsee tidak suka cara kehidupan bapanya yang mengabaikan ibunya, dia cuba mencari cinta sejati.

Keadaan dia membesar telah mengubah dirinya menjadi seorang pemuda yang dingin dan tidak berhati perut.

Pete kemudian ditakdirkan bertemu dengan seorang gadis bernama Kew (Bua Nalinthip Sakulongumpai) dan mula jatuh cinta.

Bagaimanapun, kehidupan Pete berubah apabila ayahnya membawa pulang wanita baharu Sa yang juga ibu kepada Kew.

Cinta Pete mula bertukar menjadi benci selepas mendapat tahu ibu Kew adalah perempuan simpanan bapanya. – Agensi

Drama siri Sweet Sin yang menampilkan gandingan mantap Pon Nawasch Phupantachsee dan Bua Nalinthip Sakulongumpai. – Agensi