Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Gandingan Marcos-Carpio kekal dahului tinjauan pilihan raya

    MANILA, 6 APRIL – Gandingan calon presiden Ferdinand Marcos Jr dan calon naib presiden Sara Duterte-Carpio mengekalkan kedudukan teratas dalam tinjauan pilihan raya terbaharu yang dikeluarkan pada Rabu, lapor Xinhua.

    Tinjauan oleh Pulse Asia yang dijalankan dari 17 hingga 21 Mac menunjukkan 56 peratus daripada 2,400 responden berumur 18 tahun ke atas menyatakan mereka akan mengundi Marcos Jr. sebagai presiden.

    “Marcos kekal pendahulu dalam persaingan presiden Mei 2022,” menurut Pulse Asia.

    Anak kepada bekas Presiden Ferdinand Marcos itu juga mendapat sokongan majoriti yang besar di seluruh kawasan geografi dan kelas sosioekonomi.

    Penyandang Naib Presiden Maria Leonor Robredo mengekori Marcos dengan 24 peratus; Datuk Bandar Manila Francisco Domagoso, lapam peratus; Senator dan juara tinju Emmanuel Pacquiao, enam peratus; dan Senator Panfilo Lacson, 2 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...