Gangguan anjing liar

Saya bekerja di kawasan Latifuddin Complex/Lee Chai Industrial Park di Kampung Pengkalan Gadong.

Setiap pagi rakan sekerja saya dan saya disambut oleh bau najis anjing di sekitar kawasan tersebut. Terdapat kira-kira 30 hingga 40 anjing terbiar di kawasan itu. Selain berbau, kawasan ini juga tidak bersih.

Malah anjing terbiar berkenaan menyalak dan mengejar orang yang melalui kawasan di sana. Pernah berlaku di mana saya membantu seorang wanita yang bekerja di kawasan itu untuk menghalau anjing tersebut.

Kami telah mengemukakan perkara ini kepada Jabatan Perbandaran namun diberitahu ia bukan di bawah budi bicara mereka melainkan ia membabitkan bangkai haiwan. Bolehkah pihak berkuasa melakukan sesuatu? – Kami Prihatin