Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan aplikasi WhatsApp di China

    BEIJING, 26 Sept – Pihak berkuasa China nampaknya telah mengganggu aplikasi pesanan WhatsApp dalam langkah terbaru untuk mengetatkan penapisan ketika mereka bersiap sedia bagi kongres utama Parti Komunis bulan hadapan.

    Para pengguna di China melaporkan gangguan meluas dalam beberapa hari kebelakangan ke atas perkhidmatan milik Facebook yang sebelum ini pincang di negara itu pada musim panas.

    Pakar-pakar berkata masalah bermula Ahad lalu, tetapi pesanan ringkas, panggilan suara dan panggilan video berfungsi lagi hari ini, meskipun pesanan suara dan gambar tidak berfungsi.

    WhatsApp menyediakan teknologi penyulitan mesej yang tidak disukai pihak berkuasa China, yang secara dekat memantau dan mengetatkan ruang siber menerusi ‘Great Firewall’ mereka.

    Ramai aktivis China menyukai WhatsApp dari aplikasi pesanan tempatan kerana fungsi penyulitan menyeluruh.

    Gambar ilustrasi menunjukkan logo aplikasi WhatsApp dalam skrin telefon pintar di Beijing pada 26 September. – AFP

    China telah mengetatkan pengawasan online tahun ini, dengan menggubal peraturan baru yang memerlukan syarikat-syarikat teknologi untuk menyimpan data pengguna dalam negara dan juga mengenakan pengetatan ke atas kandungan yang dibenarkan.

    Pengawal atur ruang siber China semalam berkata mereka mengenakan denda ‘maksimum’ ke atas firma-firma teknologi utama China, Baidu dan Tencent kerana membenarkan penyiaran pornografi, bahan ganas dan jenis lain yang ditegah di media sosial mereka. Jumlah denda tidak didedahkan.

    Laman-laman sesawang seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan beberapa media asing telah disekat selama bertahun-tahun.

    Masalah WhatsApp muncul sebelum kongres Parti Komunis pada 18 Oktober apabila Presiden Xi Jinping dijangka diberikan penggal kedua lima tahun sebagai setiausaha agung parti itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda