Monday, December 2, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air dan kerja-kerja pembaikan sistem kabel pam air

    BANDAR SERI BAGAWAN, 21 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan hari ini mengumumkan gangguan bekalan air atau tekanan air rendah dan kerja-kerja kecemasan yang melibatkan pembaikan sistem rawatan air di dua kawasan berasingan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR di sini hari ini, gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di keseluruhan kawasan Muara dan Serasa, Kampung Kapok, Serai Pimping dan sekitarnya disebabkan oleh kerja-kerja kecemasan penggantian injap ‘inlet’ bersaiz 300mm di tangki air Kapok.

    Kerja-kerja pembaikan ini akan bermula pada hari ini pada pukul 9 malam sehingga kerja-kerja selesai.

    Sementara itu, JKR turut memaklumkan bahawa pengeluaran air bersih loji rawatan air Bukit Barun akan berkurangan sehingga kerja-kerja kecemasan yang melibatkan pembaikan sistem kabel bagi pam air bersih selesai.

    Antara kawasan-kawasan yang akan terjejas ialah Kampung Batong, Kampung Masin, Kampung Perpindahan Lugu, Kampung Dadap, Jalan Pasir Berakas, RPN Lambak Kanan Jalan 11 Spg 63, Jalan 77 Spg 226, Jalan 10 Spg 262 serta kawasan sekitarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda