Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan bekalan air dan tekanan air rendah akan berlaku pada 9 April bermula pukul 8 pagi sehingga kerja-kerja pembaikan selesai.
Kawasan yang terjejas adalah kawasan Pekan Belait dan kawasan Pandan 1 sehingga Pandan 5 dan kawasan sekitarnya.
Gangguan bekalan air dan tekanan air rendah itu disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan paip air PE berukuran 250mm diameter di Jalan Setia Pahlawan, Kuala Belait, Daerah Belait.
Sehubungan itu, pihak JKR memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi permohonan perkhidmatan tanker atau sebarang aduan berhubung bekalan air.