Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air di Jalan Beribi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan kepada orang ramai bahawa kerja-kerja penggantian injap baharu berukuran 300mm di Jalan Beribi akan dilaksanakan pada hari Khamis, 21 Julai 2022, bermula jam 9 malam sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Oleh yang demikian, beberapa kawasan terjejas iaitu sepanjang Jalan Beribi, Jalan Bunga Jasmine dan sekitarnya akan mengalami tekanan air rendah atau tiada bekalan air terutama di kawasan tinggi.

    JKR juga ingin mengambil peluang ini untuk memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat di dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui lori tangki atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...