Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air di Mukim Tanjong Maya

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan orang ramai mengenai dengan gangguan bekalan air atau tekanan air rendah di Mukim Tanjong Maya, Daerah Tutong pada 8 Jun ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan menyatakan bahawa gangguan bekalan air atau tekanan air rendah berkenaan adalah disebabkan kerja-kerja penyucian tangki air utama di Bukit Kiulap, Kampung Bukit Udal, Mukim Tanjong Maya, Tutong bermula pukul 8 pagi hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    Pihak jabatan turut memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi Talian Darussalam 123 bagi sebarang aduan berhubung bekalan air.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...