Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air esok

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai gangguan bekalan air dan tekanan air rendah pada 29 Mac bermula pukul 9 malam.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menjelaskan bahawa gangguan air dan tekanan air rendah itu adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyambungan paip inlet dan outlet di tangki air baharu, Beribi dan dijangka mengambil masa lima jam maksimum.

    Menurut JKR, kawasan yang terjejas adalah Jalan Beribi, Jalan Bunga Jasmin, Jalan Kiarong termasuk Simpang 14, Jalan Pasar Gadong, kawasan Mall Gadong, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Jalan Dato Ratna, Jalan Elia Fatima, kawasan komersial Kiulap dan kawasan sekitarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda