Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gangguan bekalan air pada 22 Mac ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MAC – Gangguan bekalan air atau tekanan air rendah akan berlaku di beberapa kawasan di ibu negara pada 22 Mac bermula jam 2 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan gangguan bekalan air atau tekanan air rendah itu adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan circuit breaker di Highlift Station Peringkat 4 dan 5 di Loji Rawatan Air Bukit Barun di mana kerja-kerja dijangka akan mengambil masa maksimum 4 jam.

    Sehubungan itu, kawasan-kawasan yang akan terjejas adalah Kampung Batong, Kampung masin, RPN Perpindahan Lugu, Jalan Pasir Berakas, RPN Lambak Kanan, Mukim Lumapas, sebahagian Mukim Pengkalan Batu, Kampung Subok, Kampung Belimbing dan kawasan sekitarnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda