Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Gangguan bekalan air sekitar Kampung Wasan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam kenyataannya, hari ini, memaklumkan bahawa kerja-kerja pencucian Tangki Air Kampung Wasan No.1 akan dijalankan esok bermula 9 pagi.

    Sehubungan itu, sebahagian kawasan terlibat berkemungkinan mengalami tekanan air rendah terutama kawasan-kawasan tanah tinggi.

    Antara kawasan yang terlibat ialah Kampung Wasan, Kampung Junjongan, Kampung Limau Manis, Kampung Kuala Lurah, Balai Polis Limau Manis, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampung Wasan, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Batu Ampar, sebahagian Kampung Masin dan sekitarnya.

    Sebarang aduan mengenai gangguan bekalan air dan permohonan pembekalan lori tangki air, bolehlah menghubungi Talian Darussalam 123.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...