Gangguan beruang cetus kebimbangan penduduk Romania

CUSMA – Apabila anak Maria Lacatus membuka pintu kandangnya, sudah terlambat. “Beruang tersebut sudah menerkam seekor khinzir ditangannya,” kata wanita itu yang berusia 86 tahun.

Iaber sama dengan anak, menantunya – kedua-duanya melakukan pekerjaan yang boleh dilakukan dan dicari – dan tujuh orang anaknya di dalam sebuah rumah yang dilindungi oleh pagar kayu. Penternakan khinzir merupakan sumber pendapatan mereka yang penting.

Romania merupakansebuah negara yang mempunyai bilangan beruang coklat yang paling tinggi di Eropah dan ia merupakan pemandangan yang sudah lazim disaksikan khususnya di Cusma. Namun penduduk sering mengadu kedatangan beruang tersebut yang memusnahkan kawasan ladang dan ternakan mereka – kira-kira 15 ekor lembu dan khinzir telah terbunuh oleh beruang tersebut sejak dua tahun yang lalu, kata Timbalan Datuk Bandar, Griga.

Manakala di bahagian lain, terdapat juga manusia yang diserang. Pada bulan Oktober sahaja, seekor beruang telah membunuh seorang mangsa yang berusia 47 tahun semasa sedang memilih cendawan di ladangnya dan seorang mangsa berusia 61 tahun turut terbunuh akibat serangan beruang semasa memancing.

Pihak berkuasa telah mencadangkan agar komuniti mendirikan pagar elektrik dan menggunakan anjing khusus untuk menjauhkan diri daripada beruang tersebut. Akan tetapi terdapat sedikit pengecualian, seperti bandar pusat Baile Tusnad, langkah-langkah itu belum lagi dilaksanakan.

Romania merupakansebuah negara yang mempunyai bilangan beruang coklat yang paling tinggi di Eropah. – AFP
Memburu beruang di negara yang mempunyai 20 juta penduduk, terkenal dengan kawasan pedalamannya di mana kebanyakan desa mempunyai infrastruktur yang kurang baik. – AFP
Namun penduduk sering mengadu terhadap kedatangan beruang tersebut yang memusnahkan kawasan ladang dan ternakan mereka. – AFP

Sebagai tindak balas kepada panggilan daripada beberapa orang di kawasan pedalaman, senator pada bulan September untuk membenarkan beruang coklat diburu dalam tempoh lima tahun yang akan datang, memetik masalah yang terlalu banyak disebabkan oleh beruang itu.

Namun peraturan itu memerlukan persetujuan oleh Timbalan Menteri, yang telah mengarahkan beberapa persatuan ke dalam usaha untuk menghalangnya.

Sekitar 100,000 telah menandatangai petisyen dalam talian oleh World Wildlife Fund (WWF) bagi meminta ahli parlimen untuk menolak undang-undang tersebut. Anggota EU juga berdepan risiko tekanan berikutan beruang coklat itu merupakan antara 1,200 spesies yang dilindungi oleh habitat besar itu.

Mengekalkan keseimbangan

“Manusia sentiasa masuk campur bagi melakukan atau mengekalkan proses keseimbangan, menghentikan keputusan intervensi ini dalam populasi beruang,” kata senator TanczosBarna, penyokong undang-undang draf.

Memburu beruang di negara yang mempunyai 20 juta penduduk, terkenal dengan kawasan pedalamannya di mana kebanyakan desa mempunyai infrastruktur yang kurang baik namun terpapar keindahan gunung dan hutan menghijau secarab erskala.

Walaupun Romania menyertai EU pada tahun 2007, beratus-ratus beruang telah mati di bunuh selama hampir satu dekad di bawah sistem pengecualian yang dihentikan pada tahun 2016 akibat bantahan awam. Semenjak itu, Kementerian Alam Sekitar telah membenarkan apa yang dipanggil kesengsaraan untuk dibunuh – yang mengganggu penduduk – mengesyorkan pemusnahan yang hanya akan menjadi usaha yang terakhir.

Sekitar 140 ekor beruang telah dibunuh pada tahun 2017 akan tetapi berikutan alat membunuh yang tidak cekap dan biokratik. Persatuan alam sekitar mengatakan bahawa pihak kerajaan tidak menyelidiki berapakah bilangan beruang yang sebenar.

“Metodologi yang digunakan oleh pihak berkuasa tidak berubah sejak beberapa dekad lalu,” kata Viorel Popescu, seorang penolong professor di Romania.

“Bilangan beruang perlu dihitung di beberapa kawasan seperti di kawasan bersalji atau lumpur,” jelasnya.

Csaba Domokos, pakar beruang dan penyelidik untuk kumpulan pemuliharaan alam Milvus mempercayai bahawa setiap kuota berburu harus didasarkan kepada kajian ilmiah.

“Anda tidak boleh menga-wal populasi melalui pemburuan apabila anda tidak tahu berapakah jumlah penduduknya,” katanyalagi. – AFP