Gangguan BruHealth pada 11 September

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan kepada orang ramai mengenai gangguan teknikal bagi aplikasi BruHealth pada 11 September bermula dari pukul 12 tengah malam hingga 1:30 pagi.

Kenyataan menyatakan lagi bahawa gangguan teknikal berkenaan adalah disebabkan oleh kerja-kerja menaik taraf bagi sistem aplikasi BruHealth dan Kementerian Kesihatan ingin untuk memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi.