Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

Gangguan elektrik disiasat ‘perbuatan jenayah’

WASHINGTON, 5 DIS – Gangguan bekalan elektrik secara besar-besaran di Carolina Utara, Amerika Syarikat disiasat sebagai ‘perbuatan jenayah,’ lapor Xinhua.

Beberapa kawasan di Moore County, Carolina Utara mula mengalami gangguan bekalan elektrik selepas 7 malam waktu tempatan pada Sabtu, dan terdapat bukti kelakuan vandalisme yang disengajakan di beberapa tapak, menurut Pejabat Syerif.

Gabenor Carolina Utara, Roy Cooper menerusi ciapan di Twitter semalam memaklumkan beliau ‘telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Duke Energy dan pegawai penguatkuasa undang-undang negeri.’

“Mereka sedang menyiasat kejadian itu dan berusaha mengembalikan bekalan elektrik kepada mereka yang terjejas,” kata Cooper.  – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -