Gangguan internet, junta salahkan pejuang

BANGKOK, 26 SEPT – Junta Myanmar menafikan telah menghentikan internet di rantau yang dilanda konflik, menyalahkan gangguan data baru-baru ini atas tindakan para penunjuk perasaan yang telah memusnahkan menara komunikasi milik tentera.

Negara Asia Tenggara itu berdepan huru-hara sejak tentera menggulingkan kerajaan Aung San Suu Kyi pada Februari, mencetuskan bantahan demokrasi besar-besaran.

Beberapa orang daripada gerakan anti rampasan kuasa membentuk ‘pasukan pertahanan rakyat’ di perbandaran mereka untuk menentang, dan dalam beberapa minggu kebelakangan telah memusnahkan beberapa menara komunikasi Mytel milik tentera di barat negeri Chin.

Laporan mengenai gangguan internet dan data – terutamanya di rantau di mana pasukan pertahanan tempatan dan tentera telah dikunci dalam konflik – telah muncul selepas itu.

Kementerian Luar Negeri junta berkata kelmarin menafikan Majlis Pentadbiran Negeri (rejim) sebagai bertanggungjawab.

Sami Buddha dan penyokong lain mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan ke atas junta di Mandalay pada 25 September. – AFP

“Sebenarnya, sambungan internet baru-baru ini tergendala disebabkan tindakan pengganas seperti memusnahkan menara komunikasi oleh kumpulan pengganas,” kata kementerian dalam kenyataan.

“Kementerian menggesa beberapa misi luar di Yangon untuk mengesahkan maklumat secara teliti sebelum membuat kenyataan.”

Myanmar selepas rampasan kuasa sudah tidak asing lagi menyekat internet dengan junta pernah melaksanakannya dalam beberapa jam pada 1 Februari ketika askar-askar menangkap Suu Kyi dan ahli politik lain daripada parti Liga Demokrasi Nasional (NLD).

Gangguan data mudah alih seluruh negara juga dikenakan semasa waktu malam dalam beberapa minggu susulan rampasan kuasa itu.

Hari ini, pejuang anti rampasan kuasa memberitahu AFP yang perkhidmatan telekomunikasi di perbandaran Pinlebu, Kawlin dan Wuntho di utara rantau Sagaing –tempat pertempuran dengan tentera berlaku ganas – telah terjejas awal hari ini.

“Kami tidak dapat menggunakan internet dan telefon sejak 2 pagi, kata seorang pejuang anti rampasan kuasa yang lari dari Kawlin memberitahu AFP, menambah pasukan keselamatan telah membanjiri kawasan tersebut.

“Orang ramai bimbang junta akan melancarkan operasi besar,” katanya.
Menurut anggota pasukan pertahanan tempatan, mereka tidak lagi dapat menghubungi pejuang mereka di Pinlebu. – AFP