Gangguan jejas rangkaian telekomunikasi

Oleh Syazwani Haji Rosli

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Unified National Networks (UNN) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat beberapa gangguan kabel bawah laut antarabangsa yang kini menjejaskan operasi telekomunikasi di rantau ini termasuk Brunei.

Dalam satu kenyataan media, UNN menyatakan bahawa ia telah menjejaskan kelajuan sambungan rangkaian tetap dan mudah alih dan akses ke laman web antarabangsa.

UNN juga ingin memaklumkan bahawa masalah ini berada di luar kawalan UNN tetapi mereka berusaha sepanjang masa untuk memastikan kawalan rangkaian berjalan baik dan menguruskan keseluruhan keadaan semasa.

UNN akan terus memberi maklumat dari semasa ke semasa mengenai perkembangannya.