Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Gangguan seksual dan buli, PM Australia mohon maaf

    SYDNEY, 8 FEB – Perdana Menteri Australia hari ini memohon maaf atas gangguan seksual berleluasa, penganiayaan dan buli kakitangan, setahun selepas dakwaan rogol berprofil tinggi yang menggegarkan parlimen negara itu.

    Berucap di hadapan penggubal undang-undang, Scott Morrison meminta maaf secara langsung kepada bekas kakitangan, Brittany Higgins yang mendakwa dia dirogol oleh seorang rakan kerja di sebuah pejabat menteri pada 2019.

    “Saya meminta maaf kepada Puan Higgins kerana perkara buruk yang berlaku di sini,” kata Morrison, menerangkan satu budaya penganiayaan berdekad-dekad lamanya dalam kalangan koridor kuasa.

    “Namun saya meminta maaf lebih daripada itu – bagi semua mangsa sebelum Puan Higgins yang juga mengalami situasi serupa.

    “Selama berdekad-dekad lamanya, satu ekosistem, satu budaya berlaku di mana buli, penganiayaan, gangguan seksual malah dalam beberapa kes, keganasan, menjadi sesuatu yang normal,” katanya.

    Higgins mendedahkan perkara itu kepada umum pada Januari tahun lalu, sekali gus mencetuskan bantahan di seluruh negara.

    Rakyat Australia bukan sahaja dikejutkan dengan dakwaan penganiayaan yang dialaminya, malah cara dia dilayan apabila dia memaklumkan perkara itu kepada bosnya.

    Menurutnya, dia merasa tertekan kerana tidak melaporkan kepada polis mengenainya sebelum pilihan raya 2019 dan mendedahkan terdapat satu ‘budaya mendiamkan diri’ dalam parti politik Australia yang berakar umbi. – AFP

    Perdana Menteri Australia, Scott Morrison (belakang) mendengar kenyataan Timbalan Perdana Menteri Australia, Barnaby Joyce mengenai gangguan seksual, buli dan penganiayaan di tempat kerja Parlimen Komanwel, 8 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...