Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Gangguan tingkah laku punca masalah disiplin

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai kisah negatif membabitkan pelajar sekolah dilaporkan di media massa. Masalah sosial remaja merangkumi masalah buli, ponteng sekolah, terlibat dengan gejala najis dadah dan sebagainya. Hal ini pastinya membimbangkan ibu bapa yang pastinya mahu anak-anak membesar dalam suasana yang aman dan kondusif.

Menyentah mengenai perkara di atas, hal kesihatan dan kesejahteraan diri secara menyeluruh boleh dikaitkan dengan aspek perkembangan sosial remaja. Sihat bukan sahaja diukur dari segi sosial semata-mata, malah ia merujuk kepada keadaan individu yang bebas daripada penyakit atau keadaan yang teruk yang mengehadkan fungsi sosialnya dalam masyarakat. Ini termasuk keupayaan untuk bergaul dan berinteraksi dengan individu lain dalam masyarakat. Aspek kesejahteraan pula merujuk kepada keupayaan seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain dan menjalinkan hubungan sosial yang bermakna.

Setiap tahun pelbagai kes melibatkan masalah disiplin yang berlaku di persekitaran sekolah dilaporkan dalam media elektronik, cetak dan juga media sosial. Dalam kebanyakan kes, ia melibatkan aspek kelakuan agresif terhadap individu lain seperti kes buli. Kejadian buli bukan sahaja memberikan kesan kesihatan fizikal dan juga psikologi terhadap mereka yang dibuli, malah, dalam sesetengah kes, ia turut melibatkan kematian. Dalam menangani masalah disiplin seperti ini, perhatian terhadap proses pembentukan kelakuan seperti ini dalam diri individu perlu difahami.

Kecelaruan kelakuan pengaruhi pembentukan si pembuli

Kecelaruan kelakuan atau conduct disorder merupakan salah satu kecelaruan psikologi yang disenaraikan di dalam buku Diagnostic And Statistical Manual Of Mental Disorder. Kecelaruan kelakuan adalah gangguan tingkah laku dan emosi yang serius yang boleh berlaku pada kanak-kanak dan remaja. Ia boleh terbentuk sebelum umur 10 tahun (jenis permulaan kanak-kanak) atau selepas umur 10 tahun (jenis permulaan remaja).

Masalah disiplin kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius. Adalah penting bagi ejen sosial seperti ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti dari peringkat awal tanda-tanda mereka yang berkecenderungan untuk mempunyai masalah seperti ini.
Masalah disiplin kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius. Adalah penting bagi ejen sosial seperti ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti dari peringkat awal tanda-tanda mereka yang berkecenderungan untuk mempunyai masalah seperti ini.
Faktor-faktor seperti penderaan, pengalaman traumatik, penyalahgunaan dadah, dan disiplin yang tidak konsisten oleh mereka di persekitaran sosial kanak-kanak seperti ibu bapa dan rakan boleh menyumbang kepada pembentukan gangguan tingkah laku dalam diri anak-anak.
Faktor-faktor seperti penderaan, pengalaman traumatik, penyalahgunaan dadah, dan disiplin yang tidak konsisten oleh mereka di persekitaran sosial kanak-kanak seperti ibu bapa dan rakan boleh menyumbang kepada pembentukan gangguan tingkah laku dalam diri anak-anak.
Menurut Doktor Fazilah Kamsah bahawa anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.
Menurut Doktor Fazilah Kamsah bahawa anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan.

Masalah disiplin bukan sesuatu yang luar biasa untuk kanak-kanak dan remaja dalam proses perkembangan mereka. Namun, ia boleh diklasifikasikan sebagai kecelaruan apabila individu mempamerkan sekurang-kurangnya tiga gejala dalam tempoh 12 bulan dengan gejala tertentu berterusan dalam masa sekurang-kurangnya enam bulan.

Secara umum, gejala kecelaruan tinglah laku terbahagi kepada empat kategori umum iaitu:

1-Tingkah laku agresif: Tingkah laku agresif merujuk kepada kecenderungan untuk mengancam atau menyebabkan kecederaan fizikal terhadap orang lain seperti bergaduh, membuli, berkelakuan kejam terhadap orang mahupun haiwan, menggunakan senjata, dan juga serangan seksual.

2-Tingkah laku yang merosakkan: Gejala tingkah laku termasuklah kecenderungan untuk merosakkan harta awam dengan sengaja seperti aktiviti vandalism.

3-Tingkah laku Penipuan: Gejala yang wujud termasuklah berbohong, mencuri, memecah masuk rumah atau tempat awam bagi tujuan mencuri atau merosakkan harta.

4-Tingkah laku melanggar peraturan: Ia melibatkan kecenderungan pelanggaran norma dan nilai hidup yang diterima masyarakat seperti melarikan diri dari rumah dan ponteng sekolah.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kecacatan di kawasan tertentu terutamanya di bahagian otak boleh menyebabkan gangguan tingkah laku ini. Di samping itu, ramai kanak-kanak dan remaja dengan tingkah laku gangguan juga mempunyai gangguan psikologi seperti gangguan hiperaktif, gangguan pembelajaran, kemurungan, penyalahgunaan dadah, atau gangguan kebimbangan turut menyumbang kepada gejala gangguan tingkah laku.

Punca genetik pula berkait rapat dengan sejarah kecelaruan psikologi yang dialami oleh ahli keluarga seperti kecelaruan mood, kebimbangan dan keresahan dan juga kecelaruan personaliti.

Namun, satu punca yang boleh ditangani dan diuruskan adalah faktor persekitaraan sosial dan psikologi. Faktor-faktor seperti penderaan, pengalaman traumatik, penyalahgunaan dadah, dan disiplin yang tidak konsisten oleh mereka di persekitaran sosial kanak-kanak seperti ibu bapa dan rakan boleh menyumbang kepada pembentukan gangguan tingkah laku dalam diri anak-anak.

Bagi mereka yang dikenal pasti mempunyai kecenderungan masalah disiplin, pendekatan kaunseling dan psikoterapi merupakan satu pendekatan yang biasa dilakukan. Antara lain, rawatan bertujuan membantu kanak-kanak dan remaja untuk meluahkan dan mengawal emosi dengan cara yang sesuai, membentuk semula pemikiran kanak-kanak, meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, pengurusan kemarahan, dan kemahiran penaakulan moral.

Menurut Doktor Fazilah Kamsah, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini penting bagi agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekaligus pembentukan disiplin diri mereka terbentuk secara semula jadi.

Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak . Masalah disiplin kanak-kanak dan remaja perlu diberi perhatian serius. Adalah penting bagi ejen sosial seperti ibu bapa dan guru untuk mengenal pasti dari peringkat awal tanda-tanda mereka yang berkecenderungan untuk mempunyai masalah seperti ini dan mendapatkan bantuan daripada mereka yang bertauliah. Ibu bapa perlu memastikan segala tingkah laku dan pertuturan mereka kerana segala perlakuan mereka akan diperhatikan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa seharusnya sedar bahawa mereka merupakan cermin kepada anak-anak.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -