Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gangguan warna kod: Sistem BruHealth proses naik taraf

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Proses menaik taraf sistem BruHealth pada masa ini boleh menyebabkan berlakunya gangguan pada warna kod dalam aplikasi tersebut.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menjelaskan perkara itu susulan terdapat beberapa pengguna yang mengalami gangguan tersebut contohnya kod hijau berubah kepada warna ungu dan sebaliknya.

    “Namun jika masih mengalami gangguan sedemikian, orang ramai perlu memaklumkan kepada pihak BruHealth,” ujarnya semasa sidang media yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, petang tadi.

    Menyentuh mengenai isu kelambatan perubahan kod warna dalam aplikasi BruHealth kepada hijau meskipun setelah menamatkan tempoh kuarantin, Yang Berhormat Dato turut menyatakan pihak BruHealth mahupun Bru-HIMS akan sentiasa meneruskan usaha untuk meningkatkan proses pengurusan dengan lebih baik lagi dari semasa ke semasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...