Gangsa milik Azizulhasni di kejohanan Dunia 2020

KUALA LUMPUR, 28 FEB – Jaguh berbasikal trek Malaysia, Mohd Azizulhasni Awang terus mengharumkan nama Malaysia apabila memenangi pingat gangsa dalam final acara keirin pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman, hari ini. Dalam aksi berlangsung di The Velodrom, Berlin, awal pagi tadi, pelumba kelahiran Dungun itu, berada di kedudukan terbaik untuk meraih pingat emas atau perak namun kemaraannya itu disekat dengan pergeseran dengan pelumba Britain, Jack Carlin.

Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Levreysen yang menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat dengan catatan masa 9.861 saat, diikuti pelumba Jepun, Yuta Wakimoto.

Menceritakan mengenai perlumbaannya hari ini, Azizulhasni, yang diberi jolokan The Pocket Rocketman, berkata beliau diberikan tiga kali undian paling hadapan semasa perlumbaan bermula, namun secara taktikal ia tidak menyebelahi kayuhannya.

“Pada final, perancangan awal saya dan pasukan adalah untuk mendapatkan posisi terbaik sebelum pecutan bermula tetapi semua pelumba menunggu di belakang. – Bernama

Pelumba basikal Malaysia, Azizulhasni Awang ketika memperkenalkan basikal baharu beliau. Azizulhasni berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin, Jerman, hari ini. – Bernama