Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ganjaran lumayan menanti pemenang pingat emas badminton M’sia di Sukan SEA

    KUALA LUMPUR, 2 MEI – Atlet badminton Malaysia yang bakal menggalas cabaran negara ke Sukan SEA Kemboja dijanjikan ganjaran lumayan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sekiranya berjaya membutirkan pingat emas buat negara Mei ini. 

    Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata insentif itu adalah bagi menyemarakkan lagi semangat barisan atlet badminton untuk melakar kejayaan cemerlang pada temasya dwitahunan tersebut. 

    Beliau berkata pemain perseorangan dijanjikan ganjaran sebanyak RM20,000 dan beregu RM30,000 manakala bagi acara berpasukan pula, setiap pemain akan menerima RM10,000. 

    “Untuk badminton, kita sudah ada struktur insentif, jadi kita akan ikut insentif itu. Pemain tahu jika mereka beraksi cemerlang, apa ganjaran yang menanti, insentif banyak, untuk kejohanan dunia, jelajah dunia dan banyak lagi kategori,” katanya kepada pemberita di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini sebelum skuad negara berlepas ke Sukan
    SEA.

    Kenny berkata skuad negara, yang sebelum ini menjalani latihan pusat di ABM, telah melakukan persediaan rapi untuk berentap di Kemboja. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...