Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Ganjaran lumayan sempena TBC

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Sebagai sebahagian daripada promosi menarik bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Bank Baiduri dan Gedung Perniagaan Hua Ho menawarkan ganjaran hebat bagi pemegang kad kredit dan debit Baiduri.

    Menerusi promosi yang telah bermula minggu lalu dan Sabtu ini, pemenang kad berpeluang memenangi baucar membeli-belah dan peralatan rumah dengan setiap jumlah minimum yang dibelanjakan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, hari ini, hadiah utama promosi tersebut adalah baucar membeli-belah bernilai $2,000 bersama peralatan, hadiah kedua berupa baucar membeli-belah $1,000 dengan hadiah peralatan, manakala itu, pemenang ketiga dan keempat pula akan membawa pulang baucar membeli-belah $500 dengan hadiah berupa peralatan rumah.

    Sementara itu, hadiah saguhati berupa baucar membeli-belah bernilai $200 bersama peralatan dapur akan diberikan kepada 10 pemenang.

    Di samping itu, bagi setiap Sabtu dan Ahad, para pemegang kad akan disajikan dengan weekend special di mana mereka boleh menebus baucar membeli-belah bernilai $10 untuk
    setiap pembelian pada jumlah minimum dalam satu resit di gedung serbaneka berkenaan sementara stok masih ada.

    Tawaran berkenaan dibukakan di Gedung Pernia-gaan Hua Ho cawangan Sengkurong, Yayasan, Manggis dan Tanjong Bunut.

    Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong dipetik berkata, menerusi promosi berkenaan, mereka berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada pemegang kad bank tersebut dengan hadiah menarik dan menambah nilai kepada pengalaman mereka semasa menikmati suasana perayaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...