AS gantung kemasukan imigran kad hijau

WASHINGTON, 22 APRIL – Amerika Syarikat akan menghentikan kemasukan imigran yang memiliki kad hijau selama 60 hari, kata Presiden Donald Trump semalam.

“Saya akan mengeluarkan perintah penangguhan sementara kemasukan imigran  ke Amerika Syarikat,” kata Trump pada taklimat di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua.

“Dengan menghentikan sementara, kita akan membantu rakyat Amerika yang menganggur untuk mendapatkan pekerjaan. Salah jika kita menggantikannya dengan buruh imigran baharu yang dibawa dari luar negara,” katanya.

Pekerja ladang bermusim tidak tertakluk di bawah langkah baharu itu, tambah Trump.

Beliau berkata peguam masih menyelesaikan maklumat terperinci perintah eksekutif mengenai perkara itu. “Kemungkinan besar kita akan tandatanganinya esok.” – Bernama

Presiden Donald Trump bercakap mengenai koronavirus di Bilik Taklimat Media James Brady di Rumah Putih. – AFP