Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Gara-gara anxiety Jiyoon digugurkan

    Nama Jiyoon secara rasminya digugurkan daripada kumpulan Weekly akibat masalah anxiety yang dihidapinya.

    Disebabkan masalah itu Jiyoon sebelum ini terlepas mengikut program promosi Weekly sebanyak dua kali.

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh IST Entertainment, keputusan yang dibuat ini adalah untuk memberi ruang buat Jiyoon menjalani rawatan sebaiknya.

    “Akibat simptom anxiety yang dialami, Jiyoon mengambil waktu rehat dari menyertai promosi pada musim panas tahun lalu dan sekali lagi pada Mac lalu. Kami bersama Jiyoon, ahli keluarganya dan pakar perubatan telah mengadakan perbincangan tentang kewajaran untuk dia meneruskan aktiviti seni.

    “Kami telah membuat keputusan bahawa Jiyoon perlukan persekitaran baharu dan memberi fokus kepada masalah mental serta menjalani rawatan terbaik. Secara rasminya bermula 1 Jun, Jiyoon dikeluarkan dari Weekly dan perjalanan kumpulan ini diteruskan oleh enam anggota lain,” jelas kenyataan tersebut.

    Selain Jiyoon, Weekly yang ditubuhkan pada Jun 2020 dianggotai oleh Soojin, Soeun, Monday, Jihan, Jaehee, dan Zoa. – Agensi

    Jiyoon secara rasminya digugurkan dari-pada kumpulan Weekly akibat masalah anxiety yang dihidapinya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...