Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara batu batas, Pak Ali Hulk mengamuk

    Oleh Adiiwira

    Dari hujung kampung sebelah sudah kedengaran keriuhan yang dilakukan oleh Pak Ali. Sehari tidak mengamuk, tidak marah-marah bukanlah Pak Ali namanya.

    Sehinggakan orang menggelarnya Pak Ali ‘Hulk’ sama macam watak superhero yang berbadan hijau, cuma Pak Ali tak berbadan hijau.

    Keriuhan yang berlaku kali ini menurut orang kampung masalah pemilik kebun sebelahnya memasuki batas kebun Pak Ali. Haji Roslan menafikannya bahawa dia tidak melebihi batas kebun tersebut. Pak Ali mengatakan Haji Roslan sengaja membongkar batu batas yang ditanam.

    “Ehhhh, batu atu ada di sini, ni sini ah… Nampak bah begali batu atu, kedikau ni punya keraja Wang Ruslan,” tuduh Pak Ali.

    “Ya Allah, sumpah Pak Ali inda ku mengali batu atu, kan ku apa jua… lagipun tau ku batas tanah kebun ku ani. Dari adik kita jua ku membeli tanah ani,” jelas Haji Roslan.

    Namun Pak Ali tetap berkeras hati mengatakan Haji Roslan sengaja membongkar batu batas tersebut.

    “Inda ku peduli, balikkan batu atu baru ku sudah.

    “Kau ani inda hormatkan orang tua. Tahu mu bedusta saja. Biar kau bedosa pasal mengambil hak orang.

    “Mun kau masih gagah inda mahu membalikkan batu batas atu ku rosakkan tanamanmu,” tambah Pak Ali.

    Orang kampung dan Haji Roslan hanya mampu berdiam diri dengan tomahan Pak Ali tersebut.

    Pak Ali tidak dapat mengawal emosinya, lalu dia belari menuju ke kebun Haji Roslan yang berdekatan untuk merosakkan tanaman.

    Tiba-tiba… dap! Pak Ali tersadung pada sesuatu. Lalu dilihatnya tempat itu. Rupa-rupanya, batu batas yang menjadi kemarahannya tertimbus oleh tanah yang dibongkar olehnya untuk menanam tanaman.

    Itulah kawal emosi anda, jangan terlalu ikutkan hati. Periksa dulu baru lah bersuara.

    *semua watak dan tempat digunakan hanyalah rekaan semata-mata.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda