Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Gara-gara bikin album, tiada masa rehat

    Nayeon dari kumpulan Twice meluahkan rasa tertekan sepanjang pembikinan album solo pertamanya berjudul Im Nayeon.

    Perasaan tersebut disebabkan dia merupakan anggota pertama dalam kumpulan Twice yang tampil dengan album solo.

    Usaha keras dan segala penat lelah Nayeon berbaloi apabila lagu berjudul Pop menjadi tular dan turut tersenarai dalam kedudukan 10 teratas carta Billboard 200.

    “Disebabkan saya anggota pertama Twice yang buat album solo dan melakukan persiapan sendiri, saya merasakan tekanan sejak awal pembikinan.

    “Saya sangat bimbang dan tidak yakin. Namun amat berbangga kerana hasil yang sangat baik. Sepanjang menyiapkan album tersebut, saya tiada masa untuk diri sendiri sehingga tidak sempat nak makan.

    “Apabila ia siap dan semua jadual promosi selesai, saya meraikan bersama rakan-rakan Twice yang lain dengan pergi makan malam bersama,” ceritanya. – Agensi

    Nayeon sibuk siapkan album solo sehingga tidak sempat makan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...