Gara-gara bom, lelaki ditembak

STOCKHOLM, 10 JUN – Polis di selatan bandar Sweden Malmo hari ini menembak seorang lelaki di stesen kereta api utama yang mendakwa memiliki sebutir bom, kata polis dan saksi. Polis berkata kejadian menembak berlaku sejurus selepas pukul 10 pagi apabila pegawai bertindak selepas menerima panggilan kecemasan dan berdepan dengan seorang lelaki yang berkelakuan mengancam.

Media tempatan memetik beberapa saksi sebagai berkata lelaki itu, berusia kira-kira 40 tahun, telah melontar beg sukan di atas tanah dan menjerit dia mempunyai sebutir bom.

Selepas polis mendekati lelaki itu, dia terus berkelakuan mengancam, beritahu jurucakap Evelina Olsson.

“Satu situasi tercetus yang memerlukan pegawai polis melepaskan tembakan,” kata Olsson. Lelaki itu dibawa ke hospital sementara stesen kereta api dikosongkan dan skuad bom dipanggil. Polis berkata penyiasat sedang menunggu untuk menyoalnya. – AFP

Anggota polis mengawal di luar stesen kereta api utama selepas seorang lelaki mengugut akan meletup sebutir bom di Malmo di selatan Sweden kelmarin. – AFP