Gara-gara cover lagu, Baby Shima dikritik

Tindakan seorang warganet mempertikaikan akidah dan pegangan agama penyanyi Baby Shima hanya kerana menyanyikan lagu cover  disifatkan sebagai cukup melampau.

Shima, 26, bagaimanapun berkata dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan lebih selesa mengabaikan komen provokasi tersebut.

“Apabila ada yang mempertikaikan mengenai agama, itu agak melampau… tapi biasalah mereka (warganet) ini kalau menulis atau bercakap memang ikut sedap mulut sahaja.

“Saya malas nak berbalas komen macam itu lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan agama Islam kita… asalkan saya tahu apa akidah dan pegangan saya, itu sudah memadai!,” katanya kepada mStar.

Sebelum itu, Shima menerusi Instagram berkongsi rakaman cover lagu  sambil menari.

Baby Shima kini kini lebih matang berdepan dengan pelbagai ragam warganet di laman sosial. – Agensi

Bagaimanapun, ruangan komen dicemari oleh komen seorang warganet yang mempersoalkan mengenai agama dan tahap keimanan penyanyi lagu Roadblock Hatiku ini.

“Islam ke Baby Shima ni? Kalau Islam kenapa buat perangai macam ni?,” tulis seorang warganet.

Sementara itu, Shima berkata dia kini lebih matang berdepan dengan pelbagai ragam warganet di laman sosial.

“Sekarang ini saya dah malas nak padam atau sekat komen negatif yang ditulis warganet… biarlah orang lain baca dan nilaikan sendiri.

“Kalau kita padam satu komen, akan muncul komen lain pula selepas itu. Tak apalah, masing-masing ada pendapat sendiri!”

“Cumanya yang saya hairan, mereka yang mengecam dan tak suka saya tapi masih ikuti akaun kita… hari ini mereka komen baik sahaja, tiba-tiba esok kecam pula!,” ujarnya. – Agensi