Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara cucuk pencungkil gigi pada tempat duduk bas

    SINGAPURA, 19 Sept – Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan meletakkan pencungkil gigi pada tempat duduk bas dengan hujung tajamnya menghala ke atas.

    Lim Lye Seng, 60, menghadapi empat pertuduhan melakukan perbuatan khianat itu yang mengakibatkan kerugian lebih $1,300, menurut laporan akhbar The Straits Times edisi online hari ini.

    Dia dikatakan melakukan kesalahan itu sebanyak empat kali antara Julai dan Ogos lalu di atas bas SBS Transit bernombor 123M ketika dalam perjalanan melalui Lower Delta Road. Dia dituduh mencucuk setiap tempat duduk bas dengan tiga batang pencungkil gigi.

    Lim yang tidak diwakili, berhasrat untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan ke atasnya dan memberitahu mahkamah yang dia akan mendapatkan khidmat peguam.

    Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah pada 27 September ini. Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun berserta denda bagi setiap kesalahan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda