Gara-gara dengki, tentera diberikan kek cawan berisi kanabis

OTTAWA, 20 OGOS – Seorang tentera wanita Kanada berdepan hukuman penjara lima tahun selepas didapati bersalah memberikan kek cawan yang dibubuh kanabis kepada rakan tentera semasa satu latihan tembakan.

Tanpa menyedari mereka telah diberi dadah, tentera dilaporkan rasa mabuk dan keliru, dan bimbang mengenai keselamatan semasa mengendali senjata setelah memakan kek cawan di pangkalan Gagetown Kanada di New Brunswick pada Julai 2018.

Dalam satu kenyataan kepada AFP, tentera berkata Koperal Meriam, Chelsea Cogswell disabit bersalah atas lapan pertuduhan memberikan bahan beracun kepada tentera tanpa persetujuan mereka dan satu tuduhan berkelakuan mengaibkan.

Perbicaraannya, menurut penyiar awam CBC, mendengar dia telah membakar kek cawan tersebut – digambarnya sebagai coklat dengan aising coklat dan dihiasi gula-gula.

Polis tentera yang menguji pembalut kek cawan itu didapati mempunyai sisa THC, sebatian utama dalam kanabis, dan sampel air kencing yang diberikan oleh tentera.

Menurut pendakwa yang dipetik oleh media tempatan, perbuatannya mungkin bermotifkan konflik peribadi dengan anggota unitnya. Perbicaraan mengenai hukumannya dijadualkan pada 16-19 November. – AFP