Gara-gara komen, polis temui senjata

WASHINGTON, 14 OGOS – Ejen-ejen FBI di Amerika Syarikat (AS) telah menemui kira-kira 25 senjata dan 10,000 peluru yang disembunyikan selepas menangkap seorang remaja yang membuat komen online menyokong penembakan beramai-ramai.

Dalam satu aduan yang difailkan pada Isnin, FBI mendakwa penduduk Ohio, Justin Olsen dengan ancaman untuk menyerang pegawai penguatkuasaan undang-undang persekutuan selepas dia menyiarkan dalam forum online: “Sebagai kesimpulannya, tembak setiap ejen persekutuan yang ada.”

Akaun remaja lelaki berusia 18 tahun dalam laman web iFunny – satu forum di mana pengguna berkongsi ‘meme’ – telah meraih kira-kira 4,400 pelanggan.

Dia sebelumnya pernah menyiarkan komen menyokong penembakan beramai-ramai dan menyasarkan kumpulan hak asasi reproduktif dan perancangan keluarga, Planned Parenthood, menurut aduan itu.

Selepas memeriksa rumah ayahnya, ejen-ejen mendapati kira-kira 15 senapang dan senapang patah serta 10 pistol semi automatik di dalam bilik tidur ayah Olsen, di samping amunisi.

Ejen-ejen juga menemui ‘pakaian dan beg galas penyamaran’, menurut aduan tersebut.

Olsen mengakui membuat komen online, menurut aduan itu, namun menegaskan ia hanya ‘guruan’ dan dibuat berkaitan dengan peristiwa ketegangan kontroversi 1993 di Waco, Texas. – AFP