Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Gara-gara kongsi gambar nahas pesawat, 9 ditahan

    BAITULMAQDIS, 11 MEI – Sembilan warga Israel ditahan kerana disyaki menggunakan telefon bimbit untuk berkongsi gambar kapal terbang terhempas bersama penumpang lain semalam, sekali gus mencetuskan panik dan memaksa penerbangan ditangguhkan, kata pihak berkuasa.

    Kejadian berlaku sejurus sebelum kapal terbang penumpang AnadoluJet bersedia untuk berlepas ke Istanbul dari Tel Aviv, kata Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel (IAA).

    “Sembilan warga Israel disyaki menyiarkan gambar nahas udara di kapal terbang, menga-kibatkan panik dan menangguh pelepasan kapal terbang selama beberapa jam,” menurut polis.

    “Kesemua sembilan suspek sedang disoal oleh polis,” kata polis dalam satu kenyataan, menambah kesalahan itu boleh dianggap ‘ancaman pengganas.’

    IAA berkata mereka yang ditahan telah diusir dari penerbangan sebelum ia berlepas kira-kira empat jam kemudian.

    “Mereka menggunakan program Apple, AirDrop, membenarkan mereka berkongsi gambar di telefon dalam kapal terbang,” beritahu jurucakap IAA Ofer Lefler kepada AFP.

    AirDrop ialah ciri-ciri dalam peranti Apple seperti iPhone yang membenarkan pengguna berkongsi fail tanpa wayar dengan orang yang berdekatan. –AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -