Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara mencarut, Kim Ji Wong didesak tinggalkan Zerobaseone

    Penyanyi Kim Ji Woong didesak untuk keluar daripada kumpulan Zerobaseone susulan dakwaan dia meninggalkan kata-kata kesat terhadap peminat.

    Ketika mereka membuat persembahan di Henteo Music Awards baru-baru ini, seorang peminat menjerit agar keahlian Ji Woong digugurkan, dedah mStar.

    Jeritan turut disahut oleh ramai peminat lain yang bersetuju dan tidak berpuas hati terhadap Ji Woong.

    “Tinggalkan kumpulan ini!” jerit peminat kumpulan tersebut pada acara berkenaan.

    Nama Ji Woong sebelum ini menjadi bualan ramai selepas dia dikatakan secara spontan mengeluarkan kata-kata kesat ketika tampil sebagai tetamu dalam sebuah program bual bicara.

    Menerusi rakaman yang tersebar, Ji Woong didakwa melakukan perkara itu selepas dia tamat menjawab panggilan telefon seorang peminat.

    Menjelaskan kejadian sebenar, pihak pengurusan Zerobaseone iaitu Wake-one Entertainment menafikan dakwaan yang dibuat dan menegaskan video yang tular itu adalah tidak benar.

    Sebaliknya Ji Woong ketika itu mengucapkan ‘terima kasih’ namun terdapat satu rakaman berbeza kedengaran seakan-akan dia mencarut. – Agensi

    Peminat Zerobaseone tidak berpuas hati dengan Ji Woong. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda