Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara menggigit wanita

    LOS ANGELES, 19 Julai – Bekas juara dunia middleweight, Jermain Taylor telah ditahan oleh polis di Arkansas semalam selepas dituduh menggigit dan membuat ancaman bunuh terhadap seorang wanita.

    Satu kenyataan dari Jabatan Polis Maumelle berkata bahawa bekas juara dunia berusia 38 tahun itu telah ditahan di rumahnya hanya sekitar jam tiga pagi waktu setempat.

    Taylor telah ditahan selepas dituduh menggigit seorang wanita beberapa kali.

    Wanita itu menggunakan penyembur lada ke atas Taylor, yang mengejarnya dari rumah dan mengancam untuk membunuhnya, menurut kenyataan polis. Taylor telah didakwa dengan kesalahan menyerang dan feloni bagi ancaman ganas.

    Pertembungan terbaru dengan undang-undang itu mungkin memberikan kesan serius kepada Taylor, yang sudah dikenakan penangguhan hukuman selama 19 tahun berikutan kes tembakan 2014 di rumahnya, yang telah mencederakan sepupunya sendiri.

    Taylor, yang pada 2005 mengakhiri dominasi Bernard Hopkins sebagai juara middleweight dunia, belum lagi bertarung sejak memenangi gelaran middleweight IBF dalam satu pertarungan menentang petinju Australia, Sam Soliman pada tahun 2014. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda