Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Mahkamah Majistret, semalam, memerintahkan seorang wanita warga Vietnam untuk membayar denda $3,200 atas pertuduhan memiliki minuman keras dan rokok yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.
Nguyen Thi Theu, 46, mengaku bersalah di hadapan Majistret Kanan Haji Nabil Daraina bin PUKDPSS Ustaz Haji Badaruddin kerana memiliki 156 tin minuman keras dan 29 paket rokok pada 11 Januari 2017.
Gagal membayar denda itu, akan menyebabkan defendan terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 minggu.
Pegawai pencegah kastam yang menjalankan pemeriksaan menemui barang tegahan itu di rumah sewanya dan juga dalam kereta.
































