Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gara-gara selfie

    LOS ANGELES, 16 Julai – Seorang wanita mengakibatkan kerugian kira-kira AS$200,000 apabila dia terlanggar kira-kira 10 hasil seni apabila mengambil gambar selfie pada Pameran Kilang 14 di Los Angeles.

    Video CCTV merakamkan wanita itu cuba mengambil gambar selfie dengan sebuah daripada mahkota yang dipamerkan. Apabila dia tunduk untuk mendapatkan sudut terbaik selfienya, dia tiba-tiba jatuh ke belakang dan terlanggar salah satu hasil seni yang mengakibatkan kesan domino ke atas hasil seni yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

    Kesemua hasil seni dalam barisan itu terjatuh. Nilainya dianggarkan AS$20,000 setiap satu.

    Kejadian itu berlaku dua minggu lalu. Video yang disiarkan di YouTube pada Khamis mencetuskan kesangsian. Beberapa orang mempersoalkan sama ada ia tidak disengajakan atau gimik semata-mata.

    Jurucakap Kilang 14 mengesahkan kepada Fox News dalam satu e-mel bahawa ia kejadian yang benar-benar berlaku. Tiga ukuran musnah teruk, manakala yang lainnya rosak separuh.

    Dia memberitahu Fox News bahawa kerosakan hasil kerja seni itu memakan masa kira-kira 20 hingga 30 jam bagi artis membuatnya, dan ramai daripada artis ini mempunyai kerjaya di Asia yang melangkaui lebih 20 tahun, lapor Fox News.

    Seorang artis berpusat di Hong Kong memberitahu Eyewitness News bahawa tiada tindakan diambil. Wanita yang dikenali hanya sebagai seorang pelajar itu, agak terkejut dan jelas sekali ia tidak disengajakan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda